Permohonan BPN Tidak Lulus, Mak Wan Jual Kuih Tart Sara Hidup

Permohonan BPN Tidak Lulus, Mak Wan Jual Kuih Tart Sara Hidup

Pasti ramai yang sedang tersenyum gembira apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan sudah pun lulus dan ada diantara mereka sudah pun menerima bantuan tunai tersebut.

Namun, berbeza buat pelakon veteran, Mak Wan yang menjual tart nenas bagi menambah pendapat selepas permohonan BPN tidak berjaya. Bagaimanapun, Mak Wan tetap meluahkan rasa syukur bantuan daripada Seniman dan rakan artis masih ada lagi.

“Alhamdulillah, bantuan daripada Seniman dan rakan artis tempoh hari masih ada. Cuma, saya kena berjimat cermat. Lagi pula saya tinggal sendiri. Bukan makan banyak sangat pun.

“Sepanjang Ramadan ini memadai saya minum air suam dan makan dua ke tiga biji kurma. Bagi menambah pendapatan pula, sekarang saya buat tart nanas. Saya sudah mula sejak dua minggu lalu.

“Walaupun permohonan BPN gagal, insya-Allah, ini rezeki untuk saya. Tapi, saya dimaklumkan boleh buat rayuan. Macam tart nanas, jika ada pesanan baru saya buat dan akan hantar kepada pelanggan. Kalau yang dekat dengan saya, mereka datang ambil sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata turut berkongsikan kmengenai kesihatan dirinya, sudah seminggu dia tidak boleh berjalan disebabkan masalah bisul di kaki.

“Sudah hampir seminggu saya tidak sihat dan bacaan kencing manis pula naik sehingga 19. Ditambah pula ada masalah bisul di kaki.

“Jadi, saya tidak kuat untuk berjalan. Mungkin sebab itu juga badan saya kurang sihat. Insya-Allah, selepas makan ubat beransur sembuh,” katanya.

Dalam pada itu, Mak Wan turut berterima kasih berterima kasih kepada beberapa rakan artis yang membantunya. Selain Seniman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kg Batu dan Persatuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) tempat tinggalnya turut membantu.

Sumber : rotikaya.com

Artikal Popular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*