COVID-19: Arab Saudi sumbang lebih 7 juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia

COVID-19: Arab Saudi sumbang lebih 7 juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan lebih 7 juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia dalam usaha membantu negara menangani penularan wabak COVID-19.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berkenan memberikan bantuan berkenaan dan disalurkan melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre.

Menurut Hishammuddin, berita baik ini dikongsikan sendiri Duta Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan sewaktu pertemuan di Wisma Putra hari ini.

Sumbangan itu termasuk 5 juta unit topeng muka tiga lapisan, 1 juta unit topeng muka N95, lebih 700 ribu jumpsuit overalls, 300 ribu unit pelindung muka, 200 ribu unit pelindung kepala, 200 ribu unit pakaian pelindung diri dan lebih 300 ventilator.

Buat masa ini, sejuta unit topeng muka N95 telah sampai ke Malaysia dan diserahkan kepada KKM, manakala, peralatan perubatan lain akan tiba secara berperingkat.

Untuk rekod, ini merupakan jumlah sumbangan peralatan perubatan terbesar yang pernah diterima Malaysia daripada kerajaan sesebuah negara sejak negara menghadapi krisis COVID-19.

sumber : Astro Awani

 

Artikal Popular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*