Bonus Penjawat Kakitangan Awam Pesara Bajet 2020 bila dapat

Bonus Penjawat Kakitangan Awam Pesara Bajet 2020 bila dapat

Menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia (Bajet 2020) oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Kerajaan bersetuju akan memberikan pembayaran khas (bonus) sebanyak RM500 kepada penjawat awam atau kakitangan kerajaan gred 56 dan ke bawah. Manakala pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen pula akan menerima bayaran khas RM250

Bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan sekali iaitu dijangka dibuat pada sebelum akhir tahun 2019. Ini merupakan tahun kedua kerajaan membayar bonus pada tahun yang sama. Sebelum ini, bayaran khas dibayar pada tahun berikutnya

Pengumuman ketika Belanjawan 2020 tersebut hanya menyatakan pembayaran khas bonus bagi tahun 2020 untuk kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan. Ianya tidak melibatkan sebarang pengumuman mengenai pembayaran bantuan khas aidilfitri atau bonus raya bagi penjawat awam dan pesara untuk tahun 2020

Lazimnya pengumuman bantuan khas Aidilfitri diumumkan ketika pembentangan bajet tahunan negara ataupun melalui pengumuman khas sebelum hari raya. Seperti tahun 2018, Perdana Menteri mengumumkan bonus raya penjawat awam sekitar hujung bulan Mei tahun 2018 melibatkan bayaran sebanyak RM400 untuk penjawat awam Gred 41 ke bawah dan RM200 bagi pesara kerajaan

BILA DAPAT BONUS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA BAJET 2020

Berikut dikongsikan maklumat jumlah dan tarikh pembayaran bayaran khas tahun 2020 untuk penjawat awam dan pesara kerajaan seperti yang diumumkan oleh kerajaan. Disertakan juga perincian bayaran khas Aidilfitri beserta tarikh pembayarannya:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Artikal Popular

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*